today i heard about a very heartbreaking story
it saddens me yet ignite a volcano in my heart
even i dont know who that particular girl really is
but im writing this with hope
that i can ease her suffering
i shouldnt say stay strong but i prays that
life will treat you better
from now and on.
i dedicated this for you.....
Dia tidak melawan
bukan kerana lemah
tapi kerana tidak berdaya
ketika tubuhnya remuk
dan bukan menjadi miliknya
tika itu
sang durjana bermaharajalela
kesempitan membuka jalan
dia sedar dia tahu dia rasa
setiap noda yang dititipkan
Dia bangkit
memperjuangkan haknya
namun tersungkur di jalan yang masih belum separuh
dia yang mulanya mangsa
menyandang gelaran pemfitnah
bukti terhampar seluas alam
namun tiada siapa yang sudi mencelikkan mata
mereka itu buta tuli pekak keji
demi menganiaya wanita yang teraniaya
si buta si pekak si tuli
terpedaya dengan helah laki durjana
menggunakan agama sebagai benteng
menutup kebenaran
kau silap bila kau rasa selamat
mendengar perkataan close case
walau bukan aku yang akan menghabiskan riwayatmu
tapi jangan dilupa
dunia ini penuh dengan karma
segala perbuatanmu aibmu
akan terbongkar jua
busuknya bangkai tidak dapat dilindung
untuk selamanya....
duhai dunia .
puasku mohon
tunjukkan keadilanmu
kembalikanlah hak gadis itu.
jangan biar dia hanyut terbuang sepi lagi.
Jika aku kenal gadis itu
aku akan memeluknya seumur hidup agar
dia terhindar daripada segalanya
kerana cukuplah semua itu baginya
mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan