In my world, I'll make everything comes true, including those white horses and prince charming in wonderland~
Sabtu, 5 September 2015
AKU RINDU
bagaimana mungkin
bagaimana bisa
hati ini amat rindukan kisah itu
ceritera yang hanya terlakar di atas kertas
hasil olahan jari manusia
rupanya
aku mendambakan sesuatu yang tidak wujud
sesuatu yang sudah berhenti
kerana telah bertemu pengakhirannya
disebalik noktah terakhir
waraskan aku
kejutkan aku dari mimpi
kerana
aku adalah realiti
yang tak seharusnya terperangkap dalam fantasi
angan untuk bersama yang maya
tidak akan pernah tergapai
sedarkan aku
seharusnya aku terus keluar dari dunia itu
tika 'the end' menyapa mata
this is me who cant get over the something that i reads.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan